Susah ke nak siapkan sarapan?




Kawan-kawan Kak Jie tahu kan sarapan penting?Ramai orang selalu cakap...


Sarapan penting..!

Sarapan penting..!


Tapi nak buat macam mana, kekangan masa buat kita memang tak sempat nak bersarapan...


Jadi Kak Jie nak share 6 tips cara memudahkan kita menyiapkan sarapan pagi....


1. MAK AYAH TOLONG PASTIKAN MAKANAN SIAP ADA DI RUMAH
Contohnya telur, roti, oatmeal, dan buah-buahan wajib ada di meja makan. Makanan seperti ini bukan hanya lazat, bahkan tidak memerlukan masa lama untuk dimasak dalam pelbagai menu. Kita boleh olah jadi roti bakar, scramble egg, atau smoothie yang sedap dan sangat kaya zat.

2. SIAPKAN SARAPAN PADA MALAM HARI
Pastikan kita merancang menu apa nak masak esok hari. Catat bahan-bahan yang diperlukan serta waktu masa untuk disiapkan. Ini dapat membantu kita menyiapkan makanan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.Ini mengelakkan kita tergopoh-gopoh atau ‘rushing’ bila nak siapkan sarapan.

3SIMPAN ADUNAN PANCAKE/LEMPENG SIAP DALAM BOTOL
Ramai yang tak sedar, sebenarnya selain roti bakar, pancake/lempeng sering disajikan sebagai menu sarapan. Selain praktikal, pancake/lempeng juga lazat disajikan dengan sirap maple,nira gula, coklat, ataupun madu.

Untuk membuat pancake/Lempeng lebih praktikal, kita dapat membuat adunan pancake sehari sebelum kita taruh ke dalam botol kedap udara. Untuk membuatnya semakin sebati, simpan adunan di dalam almari pendingin yang kedap udara.

4. BAHAN MENTAH SIMPAN SECARA TERATUR DALAM PETI SEJUK
Bersihkan ikan, sayur, daging, kemudian susun ikut jadual memasak. Elakkan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan kita mengambilnya apabila beku. Bila bahan dah siap, setidaknya memberi semangat kepada kita untuk memasak. Berbanding kalau kita simpan bahan basah dan sukar diambil, dahla mengambil masa bahkan meletihkan.

5. RANCANG MENU SEMINGGU
Sediakan menu untuk seminggu atau dua minggu, kemudian ulang. Selepas seketika, boleh buat tambahan menu baharu yang ringkas dan sedap sesuai untuk suami dan anak-anak.
Sesekali cuba menu baharu, buatlah pada waktu cuti atau masa lapang kerana masa kita ada lebih banyak.

6. MENU LENGKAP TETAPI RINGKAS
Menu nasi goreng, mi atau bihun goreng, spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap dengan menambah sayur-sayuran di dalamnya. Kalau boleh latih ahli keluarga kita supaya tidak menjadikan nasi makanan wajib setiap hari. Selang-seli dengan menu lain seperti mi, bihun, spageti, roti dan capati. 

Layari dan follow page Kak Jie Katering untuk dapatkan promosi menarik & terkini!


#kakjiekatering
#rasatiadatoleransi



Comments

Popular Posts