Kak Jie bukan ustazah ye…Kak Jie sekadar berkongsi..

Kak Jie dapat ilmu ni dari seorang kenalan yang sangat bagus…Dia suka berkongsi dengan Kak Jie antara 5 kriteria makanan sihat yang sepatutnya kita makan….

Mungkin ramai yang dah tau, tapi Kak Jie nak kongsi juga supaya kita ‘refresh’ ilmu ni sama-sama…

Pertama:
MAKANAN MESTILA HALAL DAN THAYYIB
Biasa kita dengar kan? Bahasa mudah, makanan halal ialah makanan yang wajib sah secara hukum fikah Islam.Maksud Thayyib pulak lazat, baik, sihat dan sesuai dengan syarat kebersihan serta keperluan zat pemakanan tubuh badan kita.Ringkas sahaja…Kalau ragu-ragu jangan makan ye..Takut Syubhah pulak…

Kedua:
MAKANAN YANG SEGAR DAN HIDUP
Masyarakat kita sekarang suka makan makanan awet yang tercemar bahan-bahan kimia yang bertoksik dan berbahaya.Sedangkan masa zaman Rasulullah dulu dalam kediamannya tak pernah tersimpan makanan untuk hari esok.Maknanya baginda suka makanan yang tersaji bersifat natural contoh bijiran dan makanan yang tidak diolah banyak daripada bentuk asal. Makanan hidup contohnya makanan yang dimakan mentah dan tidak dimasak.Tapi kalau ikan dengan daging seeloknya masak jangan terlalu lama!”Sedang-sedang elok” kata orang.

Ketiga:
KUALITI MAKANAN
-Kalau kita ingat kisah Nabi Musa?Baginda berdoa pada Allah diturunkan makanan berkualiti untuk umatNya.Allah makbulkan doa tersebut dan Allah menurunkan Manna & Salwa. Kalau ikut kajian dua makanan ini antara makanan berkualiti tinggi.Surah Al-A’raf ayat 160).Kita boleh ambil pengajaran sebenarnya kita perlu selektif dalam memilih kualiti makanan.

Keempat:
MAKANAN YANG MEMBERI TENAGA
Antara makanan yang menghasilan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, beras, bali, ubi keledek dan lain-lain. Antara makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti madu yang sangat baik untuk kesihatan. Tapi jangan sampai terlebih ambil gula, boleh dapat kencing manis!

Kelima:
MAKANAN YANG MENJAUHI PENYAKIT
Antara jenis makanan ini termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan.Kak Jie tau mesti susah kan kalau sesetengah mak ayah yang ada anak nak paksa mereka makan sayur!Jenuh memaksa tapi nak taknak kena paksa juga supaya daya ketahanan badan mereka ni kuat!

Itu sahajalah perkongsian dari Kak Jie…Semoga bermanfaat kepada rakan-rakan Kak Jie ye…

Jom follow page Kak Jie Katering untuk dapatkan promosi menarik & terkini!

Atau rakan-rakan boleh layari laman web

#kajangkatering
#bangikatering
#kateringmalaysia
#sedapmurah
#berbaloisangat
#nyumnyum
#kakjiekatering
#rasatiadatoleransi


Comments

Popular Posts